Adakah anda termasuk dalam golongan mereka yang baru ingin menceburkan diri atau “newbie” yang pertama kali mencari hartanah? Biasanya kita beli rumah kerana dua sebab. Sama ada untuk duduk atau pun sebagai pelaburan.Meskipun kedengaran pembelian hartanah atau aset ini memerlukan kos yang besar dan nampak macam menakutkan, tapi pelaburan hartanah di Malaysia sebenarnya boleh mendatangkan keuntungan lumayan!
Tapi, syaratnya kena lah rajin buat kajian dan belajar! Ramai yang buat kesilapan. Mereka beli atas tujuan yang salah dan akhirnya terpaksa jual semula tidak lama selepas belian. Berikut adalah beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui sebelum memulakan pelaburan hartanah anda.
1. Modal
Hartanah adalah aset yang mahal dan selalunya memerlukan pinjaman untuk beli. Pinjaman bank mungkin pilihan terbaik anda.
Ingat! Di Malaysia, bank kebiasaanya akan membiayai sehingga 90% untuk dua hartanah pertama anda dan hanya 70% untuk hartanah yang seterusnya. Walau apa pun pilihan pinjaman yang anda perolehi, anda akan perlukan bajet untuk bayaran pendahuluan, yuran guaman dan beberapa kos pentadbiran lain yang perlu dibayar. Apabila anda lantik peguam, mereka akan minta anda bayar deposit sekitar RM 300 – RM500.
Secara amnya, anda perlu sediakan jumlah tunai sebanyak 13% -15% dari harga rumah untuk kos belian rumah di bawah. Jika anda memilih untuk tak beli hartanah baru, anda juga perlu memikirkan tentang kos pembinaan semula / pengubahsuaian.
2. Pemilihan Lokasi
Walau apa pun jenis hartanah yang anda pilih, lokasi adalah salah satu faktor yang perlu menjadi pertimbangan yang utama. Lokasi yang menjadi tumpuan ramai sudah semestinya menjadi lebih mahal disebabkan oleh value penempatan dan persekitaran. Jadi terdapat ramai pelabur hartanah mencari lokasi berpotensi dengan pembangunan baru.
Pastikan rumah dekat dengan kemudahan seperti balai polis, restoran dan kedai runcit. Selain itu, pertimbangkan kualiti alam sekitar. Elakkan beli dekat dengan kilang atau stesen janakuasa.
Selain itu, pilih rumah berhampiran dengan tempat kerja. Ini akan menjimatkan kos petrol, tol dan juga masa.
Jika anda mementingkan privasi sebagai faktor yang anda sangat pertimbangkan, Banglo, rumah berkembar dan kondominium berkepadatan rendah adalah pilihan baik jika anda perlukan privasi.
Tetapi sudah tentulah harga hartanah sebegini lebih mahal.
Sponsored Content

3. Beli Ikut Kemampuan
Jika rumah anda mempunyai prospek yang baik, ianya suatu bonus. Bukan keutamaan.
Ini kerana, walaupun anda boleh pinjam RM1 juta untuk membeli rumah, tidak bermakna anda mampu untuk menanggung rumah tersebut. Buat bajet bulanan terlebih dahulu. Semak pendapatan dan perbelanjaan.
Kurangkan kos yang tidak perlu. Daripada bajet ini baru anda tahu, berapa banyak yang anda boleh peruntukkan untuk bayar ansuran rumah.
Anda juga boleh minta bantuan jurubank untuk buat saringan kelayakan. Jurubank boleh menasihati anda berapa pinjaman yang layak berdasarkan pendapatan anda.
Untuk yang berkerja tetap, pastikan status anda sebagai pekerja tetap. Ini kerana bank menilai kestabilan pendapatan anda melalui status kerja. Status kerja sementara atau kontrak merendahkan peluang anda untuk dapat pinjaman.
Perlu diketahui bahawa adalah hampir mustahil untuk cari rumah yang sempurna. Elakkan berharap rumah yang terbaik sehingga tak beli rumah pun. Tak mengapa berkompromi dengan ciri-ciri tertentu tetapi buatlah pilihan terbaik.
Rujukan: Property Guru