Pengumuman yang dikeluarkan mengenai satu lagi inisiatif baru di bawah skim yang akan diperkenalkan sebagai i-Sayang oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menarik perhatian ramai ahli pencarumnya dan menjadi perdebatan hangat di parlimen akibat daripada kesan yang akan dialami oleh para pencarum di hari tua. Skim ini membolehkan pemindahan wang simpanan KWSP secara sukarela sebanyak 2% daripada caruman KWSP daripada suami ke akaun isteri bertujuan untuk melindungi hak para isteri yang mungkin mempunyai sumber pendapatan atau sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini yang menimpa para suami.
Sebelum ini KWSP telah memberikan amaran awal bahawa ahlinya berisiko untuk jatuh ke dalam kemiskinan di hari tua. Bagaimanapun, pelbagai usaha telah cuba dilakukan untuk menangani perlindungan perlindungan sosial yang lemah dalam kalangan orang dewasa Malaysia dan isu simpanan yang tidak mencukupi untuk persaraan.
Pandemik Covid-19 juga telah menyebabkan perubahan landskap pekerjaan ke arah tidak formal, dengan pertumbuhan kumpulan bekerja sendiri dan tidak formal dijangka meningkat daripada 5.7 juta kepada 8.8 juta pada 2040. ‘Daripada jumlah statistik yang dikumpul , dianggarkan hanya tiga daripada 10 orang dewasa di Malaysia dilindungi oleh beberapa bentuk perlindungan sosial, seperti skim pencen kerajaan dan perlindungan KWSP.
Situasi pandemik yang berlaku ini telah memburukkan lagi keadaan kebanyakkan pencarum KWSP kerana ramai yang kini berdepan risiko mempunyai simpanan yang tidak mencukupi untuk menjalani persaraan berikutan pengeluaran simpanan mereka melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra untuk membantu mereka kekal bertahan semasa tempoh yang mencabar ini.
Sejumlah RM101.1 bilion telah dikeluarkan di bawah ketiga-tiga kemudahan tersebut, iaitu bersamaan 22% daripada jumlah RM530 bilion di bawah program rangsangan kerajaan untuk menyokong masyarakat Malaysia secara keseluruhan. Ini telah menyebabkan 48% ahli KWSP di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan yang sangat rendah. yang membawa kepada peningkatan 28% dalam ahli yang mencapai simpanan KWSP yang sangat rendah sebelum wabak.
Sponsored Content

Untuk menangani kecukupan simpanan dan pendapatan persaraan, KWSP memerlukan penyelesaian yang meluas meliputi program jaringan keselamatan yang berkesan, sistem perlindungan sosial kitaran hayat yang komprehensif, pasaran buruh dan dasar gaji yang teguh, pertumbuhan ekonomi yang mampan, kemahiran semula dan peningkatan kemahiran tenaga buruh, serta dasar untuk menggalakkan automasi dan pendigitalan untuk membantu meningkatkan produktiviti.
KWSP juga bersedia melancarkan kemudahan i-Lindung, yang membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.
Selain itu, KWSP juga berhasrat untuk menyokong inisiatif Bajet 2022 kerajaan untuk melanjutkan program i-Saraan termasuk mereka yang berumur 55 hingga 60 tahun. Ini akan menjadikan i-Saraan lebih menarik kepada mereka yang berada di sektor tidak formal untuk menabung untuk persaraan mereka.
Antara inisiatif lain yang bakal diterokai oleh KWSP termasuklah pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah untuk pekerja sektor tidak formal bukan pertanian dan menyokong skim lebihan sukarela di mana ahli boleh memaksa majikan mereka menaikkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11% kadar berkanun.
Juga antara lain adalah khidmat nasihat ahli yang menawarkan khidmat nasihat kewangan yang disesuaikan secara percuma untuk ahli mendapatkan nasihat kewangan di luar perancangan persaraan iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang mengakibatkan sejumlah RM101 bilion diagihkan kepada lebih 7.4 juta ahli.
Meskipun banyak negara telah cuba membendung kesannya melalui pengerahan sumber secara intensif, untuk menghapuskan atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesan dan impak daripada isu ketidak cukupan wang persaraan ini serta isu ketidaksamaan sebenarnya telah memuncak sebelum wabak itu.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak KWSP dan kerajaan ini hanya boleh menjadi pembaikan sementara dan bukan penyelesaian jangka panjang yang mampu melindungi kehidupan dan mata pencarian rakyat.
