Nama Syarikat: Senheng New Retail Berhad (Senheng)
Laman Web: https://www.senheng.com.my/
Tarikh Permohonan: 29 Disember 2021- 10 Januari 2022
Tarikh Penyenaraian: 25 Januari 2022
Harga Tawaran: RM1.07
Pasaran: Paparan Utama Bursa Malaysia
Penasihat: Mercury Securities Sdn Bhd
Status Shariah: Diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti
Rujukan: Prospektus IPO Senheng New Retail Berhad
Tentatif Penyenaraian

Latar Belakang:
Syarikat ini diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat pada 21 Mei 2021 sebagai syarikat awam dengan nama Senheng New Retail Berhad. Senheng merupakan syarikat pemegangan pelaburan and terlibat dalam dalam perniagaan runcit peralatan elektronik melalui anak syarikatnya. Bisnes ini diasaskan oleh KH Lim, KC Lim dan KY Lim dengan pembukaan kedai pertama pada tahun 1989. Pada tahun 1998, Senheng telah diiktiraf sebagai peruncit terbesar bagi produk elektronik oleh Malaysia Book of Records dengan rantaian 35 buah kedai dan hasilnya Senheng mempunyai sebanyak 105 cawangan setakat hari ini. Syarikat ini dikenali dengan jenama produknya iaitu Senheng dan juga senQ. Pada masa yang sama, salah satu anak syarikatnya terlibatkan dalam perniagaan perkhidmatan warranty.
Struktur Syarikat dan Model Bisnes



Penawaran Unit IPO
Keseluruhan 389,500,000 unit saham akan ditawarkan melalui IPO yang mewakili anggaran 25.97% daripada keseluruhan modal. Peruntukan tersebut merangkumi 250,000,000 unit saham (16%) akan ditawarkan kepada pelabur awam merangkumi 30,000,000 (2%) kepada pelabur awam yang layak. Sebanyak 22,500,000 unit saham (1.5%) juga akan ditawarkan kepada Pengarah yang layak, pekerja dan individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat. Sebanyak 48,000,000 unit saham mewakili 3.2% akan ditawarkan kepada pelabur terpilih melalui private placement. Baki 149,500,000 unit saham akan ditawarkan kepada institusi dan pelabur terpilih.
Manfaat Prosiding IPO
Hasil terkumpul daripada terbitan awam IPO yang dianggarkan berjumlah RM267.5 juta akan digunakan merangkumi penambahbaikan dan pengembangan rantaian cawangan peruncitan sebanyak RM160.5 juta (60%), bayaran balik pinjaman bank sebanyak RM46 juta (17.2%), membangunkan jenama baharu sebanyak RM22 juta (8.22%), mengembangkan rangkaian warehouse dan logistic sebanyak RM20 juta (7.48%), mempercepatkan infrastruktur digital sebanyak RM9.7 juta (3.63%) dan kos penyenaraian yang bernilai RM9.3 juta (3.47%).

Sponsored Content

Laporan Kewangan

Berdasarkan penyata kewangan telah diaudit untuk FYE 2020, hasil pendapat Senheng telah meningkat sebanyak RM149.91 juta atau 13.1% kepada RM1.29 bilion berbanding FYE 2019 hasil daripada usaha pengembangan kedai yang berterusan, di mana kedai “Senheng” dinaik taraf kepada kedai “Grand Senheng” dengan ruang lantai yang lebih besar dan pelbagai produk yang lebih besar yang menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik; program warranty PlusOne mereka yang membolehkan untuk menarik pelanggan baharu.
Bagi FPE 2021, hasil pendapatan Senheng meningkat sebanyak RM116.38 juta atau 20.9% kepada RM673.91 juta berbanding FPE 2020 terutamanya disebabkan oleh kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan berbanding FPE 2020. Pengurusan inventori yang mengakibatkan insiden ketiadaan stok yang lebih rendah dan permintaan pengguna yang lebih tinggi berikutan peningkatan usaha pengiklanan digital.
Keseluruhan pendapatan syarikat disumbangkan melalui pembelian secara fizikal berbanding pembelian secara talian yang kurang mendapat minat daripada pembeli.

Hasil pendapatan daripada penyediaan perkhidmatan waranti juga meningkat sebanyak RM3.29 juta atau 5.4% kepada RM63.92 juta untuk FYE 2020 (FYE 2019: RM60.62 juta) sejajar dengan peningkatan dalam hasil daripada peruncitan elektrik pengguna dan produk elektronik.
Peers Analysis

Pembekal Utama

Prospek dan Risiko Coraza Integrated Techology Berhad

Saiz industri runcit E&E pengguna di Malaysia yang diwakili oleh jualan runcit E&E alat digital, audio visual dan peralatan rumah melalui pembelian secara fizikal meningkat daripada RM50.45 bilion pada 2018 kepada RM54.56 bilion pada 2020, pada CAGR sebanyak 3.99%. Ia merekodkan pertumbuhan YOY sebanyak 15.24% pada 2019, sebelum berlaku penurunan YOY sebanyak 6.16% pada 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan kuasa beli pengguna berkurangan. Walaupun impak keseluruhan pandemik COVID-19 terhadap industri sebahagiannya dapat dikawal oleh peningkatan permintaan untuk produk E&E pengguna tertentu (contohnya komputer riba dan komputer untuk tujuan bekerja di rumah dan pembelajaran dalam talian) dan sokongan kewangan oleh Kerajaan, keseluruhan industri adalah negatif.
Majoriti barangan pengguna, termasuk produk E&E, kekal dijual melalui kedai fizikal kerana membeli-belah di kedai runcit fizikal masih menjadi medium pilihan semasa bagi kebanyakan pengguna di Malaysia. Pada 2021, industri runcit E&E pengguna dijangka pulih. Berdasarkan maklumat terkini, pada September 2021, jualan runcit E&E direkodkan pada RM43.76 bilion di mana purata jualan bulanan dalam tempoh 9 bulan sebanyak RM4.86 bilion meningkat 6.81% daripada purata jualan bulanan pada 2020 sebanyak RM4 .55 bilion. Berikutan penarikan semula langkah sekatan pergerakan baru-baru ini yang diumumkan oleh Kerajaan pada 10 Oktober 2021, aktiviti ekonomi akan beransur-ansur menjadi normal dan BNM menjangka KDNK Malaysia berkembang dalam julat 3.00% hingga 4.00% pada 2021. Menurut tinjauan ekonomi terkini yang diterbitkan bersama-sama dengan Bajet 2022, KDNK Malaysia dijangka mengukuh dan berkembang antara 5.50% hingga 6.50% pada 2022, disokong oleh peningkatan ketara dalam perdagangan global, harga komoditi yang stabil, pembendungan wabak, dan peningkatan beransur-ansur dalam sentimen pengguna dan perniagaan. Ini dijangka memacu pertumbuhan pendapatan boleh guna dan kuasa beli pengguna, sekali gus merangsang permintaan untuk produk E&E pengguna pada masa hadapan. Selanjutnya, industri runcit E&E pengguna akan terus disokong oleh beberapa bantuan kewangan dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan, termasuk pelepasan cukai pendapatan individu khas ke atas pembelian telefon bimbit, komputer riba dan tablet, sehingga 31 Disember 2022.
Dalam jangka panjang, permintaan untuk produk E&E pengguna di Malaysia dijangka kekal kukuh kerana produk E&E pengguna adalah barangan penting untuk keselesaan dan tujuan berfungsi untuk memudahkan, memudahkan dan menambah baik kehidupan seharian kita. Permintaan untuk produk E&E pengguna juga akan terus didorong oleh pengenalan produk E&E pengguna yang inovatif dengan fungsi dan ciri yang dipertingkatkan, serta ketersediaan berbilang platform jualan yang menyediakan kemudahan dan kefleksibelan untuk pembelian produk E&E pengguna.
Sponsored Content
Penafian
Maklumat yang terdapat dalam artikel / analisis / laporan ini hanya untuk tujuan perkongsian dan pendidikan. Ini bukan cadangan untuk membeli atau menjual saham, sekuriti atau instrumen lain yang disebutkan; juga tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional untuk membeli, menjual, atau mengambil kedudukan dalam saham, sekuriti, atau instrumen lain. Sekiranya anda memerlukan nasihat pelaburan khusus, sila dapatkan nasihat pelaburan profesional. Penulis menolak sebarang tanggungjawab atas keuntungan atau kerugian yang timbul secara langsung dan tidak langsung daripada kandungan artikel / analisis / laporan.