بسم الله الرحمن الرحيم
ألحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين
Segala puji bagi Allah ﷻ, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad ﷺ, keluarga baginda ﷺ dan para sahabatnya.
Setelah dilakukan semakan dan perbincangan terperinci berkenaan pembiayaan sewa beli yang dibentangkan oleh pihak pengurusan yang merangkumi perkara berikut:
a) | Latar Belakang Syarikat | e) | Klausa Perlindungan Takaful |
b) | Struktur Pembiayaan Sewa Beli | f) | Klausa Caj Pembayaran Lewat |
c) | Sumber Dana | g) | Klausa Rebat |
d) | Dokumen dan Operasi Sistem | h) | Polisi, Garis Panduan, Terma dan Syarat |
Dengan ini, sekadar kemampuan dan kefahaman pihak kami, semua perkara di atas adalah DISAHKAN mematuhi hukum dan prinsip Syariah. Dengan pengesahan ini, pihak pengurusan mestilah mematuhi semua syarat dan garis panduan yang telah diputuskan.
Penyemakan dari semasa ke semasa akan dijalankan demi memastikan pelaksanaan pembiayaan sewa beli Boustead Credit Sdn. Bhd. sentiasa menepati hukum syarak. Kami juga dengan ini tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pindaan ke atas pembiayaan tersebut tanpa pengetahuan dan pengesahan pihak kami. Kami juga tidak bertanggungjawab ke atas salah laku mana-mana individu daripada syarikat dalam menjalankan aplikasi pelan pembiayaan sewa beli yang diluluskan.
Pengesahan ini adalah eksklusif bagi pelan pembiayaan sewa beli yang dijalankan oleh Boustead Credit Sdn. Bhd. serta tidak terpakai bagi mana-mana pihak lain.
Wallahu ‘alam.
12 Ramadhan 1443H bersamaan 14 April 2022
SYAFIQ NADZMI ZAINUL ABIDIN | DR. ZAHARUDDIN ABD RAHMAN |
Eksekutif Shariah, Elzar Shariah Solution Sdn. Bhd. | Pengerusi Eksekutif, Elzar Shariah Solution Sdn. Bhd. |