You are currently viewing Wasiat, Sistem Faraid dan Pembahagian Harta Islam

Wasiat, Sistem Faraid dan Pembahagian Harta Islam

Masih ramai masyarakat Islam di negara ini kurang pengetahuan dalam ilmu pengurusan harta pusaka yang menyebabkan berlakunya pertikaian dan sehingga tercetus konflik perebutan harta. Perancangan harta ketika seseorang itu masih hidup adalah amat penting kerana apabila seseorang itu meninggal dunia, harta pusaka akan dibahagikan kepada waris-waris yang sah dan layak sahaja. Waris-waris yang sah termasuklah suami, isteri, ibubapa dan lain-lain. 

Wasiat adalah sangat penting untuk memastikan pembahagian aset dilakukan sama rata dan adil, tetapi jika tidak ada wasiat, harta pusaka orang Islam akan dibahagikan melalui konsep faraid. Asas Hukum Faraid adalah berdasarkan Al-Quran. Namun begitu, pengiraan Sistem Faraid hanya akan terlaksana selepas kos-kos pengurusan jenazah, pembayaran hutang-hutang simati (zakat atau nazar etc.), hibah dan wasiat dibahagikan.

image

Dan penting juga untuk diketahui bahawa wasiat bukan penentu pembahagian Harta Pusaka. Sekiranya anda telah menulis wasiat, itu tidak bererti bahawa harta anda tertakluk untuk dibahagikan kepada penerima di dalam wasiat tersebut. Terdapat juga rukun wasiat dan syarat-syarat untuk seseorang berwasiat. Fungsi wasiat adalah sebagai sokongan jika anda mempunyai hajat penerima yang tertentu.

Sebaik sahaja anda meninggal dunia, semua harta-harta yang tiada penama akan dibekukan. Sekiranya orang Islam yang telah meninggal dunia tidak menyediakan wasiat, waris perlulah memohon Sijil Faraid di Mahkamah Syariah sebelum harta dapat dicairkan. Untuk mengelakkan waris membuang masa dan tenaga ditambah dengan kesedihan emosi kematian arwah, penting sekiranya anda berurusan dengan perunding harta pusaka supaya waris anda tidak terbeban di kemudian hari.

Siapa Yang Layak Menerima?

Perlu difahami bahawa tidak semua penerima layak menerima harta pusaka yang ditinggalkan. Hanya sebahagian sahaja yang akan mewarisi harta si mati, sekiranya mereka masih hidup. Terdapat 25 golongan sahaja yang telah dinyatakan dalam Al-Quran sebagai penerima yang layak menerima harta si mati.

image

Kesan Tidak Melaksanakan Faraid

Ilmu faraid adalah ilmu pertama yang akan diangkat Allah (hilang) sebelum datangnya hari kiamat. Nabi Muhammad saw bersabda, yang maksudnya;

“Belajarlah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada manusia kerana aku ini adalah manusia yang akan mati dan sesungguhnya ilmu ini akan ditarik dari manusia, dan akan berlaku fitnah antara manusia sehingga apabila bertengkar dua orang tentang ilmu faraid, mereka tidak dapat mencari seseorang yang dapat menyelesaikannya di antara mereka.”

Sekiranya umat Islam terus memandang enteng akan kepentingan ilmu pengurusan harta pusaka ini atau mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid, dikhuatiri akan terjadinya perkara-perkara yang lebih buruk lagi sebagai akibatnya seperti:

1. Memakan harta saudara-mara yang sah

2. Memakan harta Baitulmal

3. Memakan harta anak yatim

Tiada siapa yang boleh mengatakan wasiat itu lebih baik daripada Faraid ataupun sebaliknya. Namun, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kekecohan di masa akan datang, anda dinasihatkan untuk membuat wasiat jika ada peluang kerana persiapan untuk membuat wasiat itu bukanlah sesuatu yang dibuat semasa hendak meninggal atau berada di ambang maut, tetapi seeloknya dilakukan semasa tengah sihat dan masih boleh berfikir dengan waras.

Layari laman web kami di www.elzarshariah.com  untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat dalam perancangan kewangan dan harta pusaka.

Sumber: https://www.shariahscreener.com/articles/Wasiat-Faraid-dan-Pembahagian-Harta-Islam

Leave a Reply