PENGESAHAN KEPATUHAN SYARIAH PELAN PEMASARAN
THINK OSEM SDN BHD (1019329-D)
ألحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين
Segala puji bagi Allah ﷻ, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad ﷺ, keluarga baginda ﷺ dan para sahabatnya.
Setelah dilakukan semakan dan perbincangan terperinci berkenaan pelan pemasaran yang dibentangkan oleh pihak pengurusan yang merangkumi perkara berikut:
- Latar belakang syarikat
- Produk tawaran
- Pelan pemasaran Think Osem Sdn. Bhd.
- Kontrak, kedudukan dan hubungan agen/stokis dengan syarikat
- Sistem kelayakan dan pembayaran bonus/insentif
Dengan ini, sekadar kemampuan dan kefahaman pihak kami, semua perkara di atas adalah DISAHKAN mematuhi hukum dan prinsip Syariah.
Dengan pengesahan ini, pihak pengurusan dan agen/stokis mestilah mematuhi semua syarat dan garis panduan yang telah diputuskan.
Penyemakan dari semasa ke semasa akan dijalankan demi memastikan pelaksanaan pelan pemasaran Think Osem Sdn. Bhd. sentiasa menepati hukum syarak. Kami juga dengan ini tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pindaan ke atas pelan pemasaran tanpa pengetahuan dan pengesahan pihak kami. Kami juga tidak bertanggungjawab ke atas salah laku mana-mana individu daripada syarikat atau agen/stokis dalam menjalankan aplikasi pelan.
Pengesahan ini adalah eksklusif bagi pelan pemasaran yang digunakan oleh Think Osem Sdn. Bhd. serta tidak terpakai bagi mana-mana pihak lain.
Wallahu ‘alam.
30 Zulhijjah 1442H bersamaan 9 Ogos 2021
Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd
Penasihat Shariah